Assalamualaikum..Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN yang diadakan pada minggu lepas bersamaan 7 MEI - 11 MEI 2012 di SEK KEB BELADIN, SARAWAK. Untuk matapelajaran yg saya ajar iaitu BAHASA ARAB jatuh pada hari Khamis (4B & 5D) dan Jumaat (2A, 2B, 2C & 2D).Hari jumaat dan sabtu dimanfaatkan dengan menanda kertas jawapan murid-murid. Alhamdulillah, ada murid-muridku yang dapat 100 markah...ramai jugak yang dapat A.Sebelum peperiksaan berlangsung, saya memberitahu murid-murid : "Siapa yang dapat 100 masa ujian nanti, ustazah bagi hadiah".. Murid-murid lantas menjawab : Yeaahhhh, ustazah nak bagi apa? Saya lantas menjawab : rahsia...hehehe.... Hadiah ni salah satu sebenarnya untuk memberi motivasi kepada murid-murid untuk kuat berusaha....chayok chayokkk...
Masa menanda kertas jawapan, macam-macam jawapan yang dorang bagi...kelakar pun ada. hehehe... masa nak key in markah pula, aku mendapatkan bantuan suamiku... Suami baca markah, aku salin markah..
Cuba anda sebut nama ni : NAMIA ...suami pun baca nama tu, aku lantas berkata : Eh, x pernah pula murid kelas 2C ni nama Namia...Tau nama murid aku tu apa??? Rupanya nama dia AIMAN...Hehehehe.... Ish...ish..ish..Siapa ada murid tulis nama macam ni?Nasib baik mengajar murid tu....kalau bukan, mesti dah percaya nama dia memang NAMIA...huhuhu...

















